Sunday, September 27, 2009

Balik

Hari ini saya dan keluarga bertolak pulang dari kampung ke rumah awal untuk mengelakkan kesesakan. Tetapi kami tidak dapat mengelak. Sekarang kami berada di dalam kereta. Nanti sampai rumah saya akan tulis lagi.

Saturday, September 26, 2009

Hari Raya 2009


Tahun ini lebih seronok daripada sebelum kerana saya beraya di tiga tempat iaitu Ipoh, Perak/ Bangi, Selangor dan Pasir Mas, Kelantan. Sehari sebelum raya, saya dan keluarga bertolak dari Bangi ke Ipoh.

Pada hari raya pertama, kami solat raya di Ipoh. Selepas solat, kami menziarahi jiran di sana. Pada waktu petang kami pulang ke Bangi semula.

Pada hari raya keempat kami bertolak ke Kelantan.

Friday, September 25, 2009

Selamat Hariraya Aidilfitri

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Saya berharap dengan adanya blog ini, dapatlah saya berhubung dan berinteraksi secara digital dengan kawan2. Saya bakal menamatkan pengajian di darjah 6 pada akhir tahun ini. Lepas itu, kawan semasa di sekolah rendah akan meneruskan pengajian di sekolah menengah. Mungkin kita tidak lagi belajar disekolah yang sama, tetapi masih lagi boleh berhubung melalui blog ini.