Sunday, November 6, 2011

Salam Hari Raya Aidiladha

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam tidak kira kaum, bangsa dan negara. Semoga aidiladha kali ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Semoga selamat pergi dan pulang ke kampung.

Friday, August 5, 2011


PUASA! JANGAN TAK PUASA TAU!

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat islam agar bersabarlah dalam menunaikan ibadat kerana ibadat di bulan puasa berkali-kali ganda pahala daripada hari biasa. Oleh itu, berkejarlah mengerjakan ibadat untuk mendapat rahmat di bulan Ramadhan ini.

Monday, July 25, 2011

Melawat sekolah lama

Alhamdulillah, setelah lama tak pergi sekolah lama (MTST) akhirnyya dapat juga pergi dua hari yang lepas. Kebetulan mak saya nak balik tengok abang saya yang tengah belajar dekat MTSTM saya pun join sekalilah. Seronok dapat jumpa kawan2 lama. lepas tu saya ambik kerja kayu KHB yang tertinggal kat MTST sebelum berpindah sekolah. Syukur kepada allah yang memberi saya pulang berjumpa dengan kawan lama saya. Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kawan2 saya tu di masa akan datang.

Saturday, May 21, 2011

Permakanan: Yahudi menipu kita.....

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...


Link
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi.......... selanjutnya:
http://tmnjawiindah.blogspot.com/2010/08/kebijaksanaan-yahudi-menipu-kita.html

Bersyukur dengan rezeki yang diberi ALLAH

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
Surah Saba` ayat 36

Sunday, July 18, 2010

Lawatan ke Kuala Terengganu

Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan saya sekeluarga ke Kuala Terengganu.



Masjid Kubah Besar di Baitul Maqdis, Palestine. Cantik permandangan di dalam replika masjid tersebut, tapi tak dibenarkan tangkap gambar di dalamnya. Kat luar jer yang boleh.









Lupa pulak nama masjid ni. Walaupun hanya dalam bentuk replika, tapi nampak real sungguh. Saya pulak nampak macam gergasi.. he he he

Friday, March 26, 2010

Kelebihan madu

Madu ialah bahan cairan yang membersih(menyah toksik), menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.

Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.

Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut. Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.


Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.

Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah."

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru2), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir."

Manakala Dr Rihab 'Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz.

Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam frimannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)...yakhruju min butuniha syaro-bun mukhtalifon alwanuhu (keluar dari perutnya (lebah) minuman/cecair pelbagai warna) feehi syifa-u linnas (penawar/ubat bagi manusia).

Sunday, December 20, 2009

Ujian kemasukan

Baru-baru ini, saya telah menduduki ujian kemasukan ke sekolah maahad tahfiz sainas di kelantan. Agak susah juga nak jawab. Lepastu kena hafal ayat al-Qur'an sekurang-kurangnya lima baris dalam satu jam. Tetapi saya dapat menghafal enam baris. Itulah kali pertama saya dapat menghafal paling banyak. setelah ujian saya rasa sungguh senang.