Sunday, December 20, 2009

Ujian kemasukan

Baru-baru ini, saya telah menduduki ujian kemasukan ke sekolah maahad tahfiz sainas di kelantan. Agak susah juga nak jawab. Lepastu kena hafal ayat al-Qur'an sekurang-kurangnya lima baris dalam satu jam. Tetapi saya dapat menghafal enam baris. Itulah kali pertama saya dapat menghafal paling banyak. setelah ujian saya rasa sungguh senang.

Thursday, November 26, 2009

Sekolah Tahfiz

Kebanyakkan sekolah tahfiz yang dah pergi tengok memerlukan keputusan UPSR 5A dan PSRA = Mumtaz. Agak tinggi syarat kelayakkan ini.

Keputusan UPSR

Debaran menanti keputusan UPSR sudahpun berlalu. Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah mendapat 5A.
Sekarang ini tengah sibuk mencari sekolah tahfiz. Agak sukar juga nak masuk sekolah tahfiz ni. Semoga Allah permudahkan saya untuk masuk sekolah tahfiz.

Tuesday, November 3, 2009

Peperiksaan akhir tahun Abim

Sejak 23 Oktober saya telah menduduki peperiksaan sekolah agama. Sebentar tadi saya baru sahaja menduduki peperiksaan tajwid dan imlak. Esok hari rabu ialah hari terakhir saya menduduki peperiksaan sekolah agama iaitu sabjek bahasa arab. Doakan lah saya agar saya dapat menjawab peperiksaan esok dengan tenang.

Sunday, October 18, 2009

Lawatan

Lawatan ke kilang coklat dan menara Kuala Lumpur




Tuesday, October 13, 2009

Lawatan ke Kuala Lumpur

Sebentar tadi saya baru mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakan. Ia sungguh menye ronokkan. Tempat pertama kami pergi ialah Kilang coklat. Kami dapat melihat pameran membuat coklat dan membeli coklat. Tempat kedua ialah di menara kuala lumpur. Di sana kami dapat melihat bangunan-bangunan di sekelilingnya. Selepas itu kami pergi ke hutan simpanan di bukit rimba. Kami dapat melihat monyet bergayut di atas pokok. Seterusnya kami pergi ke muzium telekom. Kami dapat banyak maklumat di sana. Akhir sekali,kami pergi ke muzium TUDM. Saya dapat menaiki pesawat itu tetapi saya tidak boleh memendunya. Selepas itu kami pulang dengan perasaan yang gembira.

Sunday, September 27, 2009

Balik

Hari ini saya dan keluarga bertolak pulang dari kampung ke rumah awal untuk mengelakkan kesesakan. Tetapi kami tidak dapat mengelak. Sekarang kami berada di dalam kereta. Nanti sampai rumah saya akan tulis lagi.

Saturday, September 26, 2009

Hari Raya 2009


Tahun ini lebih seronok daripada sebelum kerana saya beraya di tiga tempat iaitu Ipoh, Perak/ Bangi, Selangor dan Pasir Mas, Kelantan. Sehari sebelum raya, saya dan keluarga bertolak dari Bangi ke Ipoh.

Pada hari raya pertama, kami solat raya di Ipoh. Selepas solat, kami menziarahi jiran di sana. Pada waktu petang kami pulang ke Bangi semula.

Pada hari raya keempat kami bertolak ke Kelantan.

Friday, September 25, 2009

Selamat Hariraya Aidilfitri

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Saya berharap dengan adanya blog ini, dapatlah saya berhubung dan berinteraksi secara digital dengan kawan2. Saya bakal menamatkan pengajian di darjah 6 pada akhir tahun ini. Lepas itu, kawan semasa di sekolah rendah akan meneruskan pengajian di sekolah menengah. Mungkin kita tidak lagi belajar disekolah yang sama, tetapi masih lagi boleh berhubung melalui blog ini.